- Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?!
Dik, yang pasti, jika tidak menutup aurat, confirm masuk neraka.
- Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.
Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan?!
- Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami
Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut
- Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
Kita yakinkah bahawa ibadah kita itu sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?!
- Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami, saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda
- Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
Berani cakap kat dunia. Berani ke cakap macam tu depan Allah nanti?! Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.
- Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.
Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia biasa daripada patuh suruhan Allah?!
- Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
Macam mana seru tu?! Nasihat yang diberi tu, seru lah tu. Nak seru macam mana lagi? Mati tidak mengenal usia. Takut tak sempat nak bertaubat nanti.
- Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, "Tunggu la kejap. Lepak la dulu. Jangan ambil nyawa aku lagi
- Tutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya
Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit. Mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai hamba Allah, mengaku sebagai umat Muhammad, namun segala suruhan agama, segala perintah Allah, segala pesanan Rasulullah, semuanya anda tak buat. Ikhlas tak ikhlas lain cerita, yang penting WAJIB buat!
-Gempak

Judul: Alasan Popular Bagi Wanita Yang Enggan Menutup Aurat
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 3:46 AM
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 3:46 AM
Artikel Terkait Akidah, amalan wanita, aurat wanita, kisah wanita, nasihat, teladan, tutup aurat :
- Kisah Isteri Memandikan Jenazah Suaminya
- Bila Sifat MALU sudah tidak Berfungsi
- 10 Janji Allah Kepada Yang Ingin Berkahwin
- 15 Kelebihan Sujud Di Dalam Solat
- 6 Perkara Yang Allah Sembunyikan
- Hukum pakai Topi Santa Claus Bercanggah dengan seruan agama
- Seorang Yahudi Memeluk Islam
- Kenapa Wanita Mudah Menangis?
- Betul Ke Wanita Dicipta Dari Tulang Rusuk Lelaki?
- Amalan Wanita Semasa Mengandung Menurut Islam
- Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah
- Larangan Melihat Aurat Wanita
- Menutup Aurat Dalam Islam
- Kenapa Aurat Wanita Lebih Banyak Dari Aurat Lelaki?
- Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Seorang Wanita
- Pandang Aurat Wanita Kali pertama Tak Berdosa - Lawak atau Hukum
- Kalau Allah Itu Maha Baik Kenapa Buat Neraka?
- Ciri-ciri Wanita Derhaka dan Tidak boleh dijadikan Isteri
- Hanya dengan Jilbab wanita ini berjaya Islamkan 7 Profesor Barat
- 4 Jenis Perempuan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka
0 comments:
Post a Comment