Memberi keutamaan kepada orang lain dalam melakukan amalan qurbah adalah makruh
Satu fenomena yang selalu kita lihat di masjid-masjid, terutamanya hari jumaat; orang kita tidak suka berada di saf hadapan. Jika ada ruang hadapan yang kosong, biasanya orang yang berbetulan dengan ruang itu tidak akan melangkah ke depan, tetapi mempersilakan orang lain untuk mengisi ruang kosong itu. Ia merasakan tindakannya itu baik kerana mendahulukan orang lain. Sebenarnya, perbuatan itu adalah makruh. Sepatutnya apabila ada ruang kosong di saf hadapan kita, kitalah yang paling utama merebut ruang itu dari orang lain.
Firman Allah (bermaksud) :
“Maka berlumba-lumbalah kamu untuk melakukan kebaikan” (al-Baqarah; 148).
Sabda Nabi s.a.w bersabda :
“Jika kamu mengetahui besarnya pahala yang ada di saf hadapan, nescaya kamu akan merebutnya sekalipun terpaksa mengundi (untuk mendapatkannya dari orang lain)” (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.
Kita tidak mengetahui; apakah pahala yang kita ada sudah mencukupi atau tidak? Kerana itu, kita perlu merebutnya. Sebaliknya pula dalam menerima pemberian; kita digalakkan mengutamakan orang lain. Contohnya; ada orang datang membawa makanan untuk kita dan kawan-kawan bersama kita. Maka ketika itu, kita disunatkan mempelawa kawan-kawan kita untuk lebih dulu mengambilnya, kemudian barulah kita mengambilnya.
Wallahu a’lam.
Islam itu Indah

Judul: Kenapa Enggan Berada di Saf Hadapan
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 4:00 AM
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 4:00 AM
Artikel Terkait cara islam, cara solat, hikmah, kelebihan solat saf hadapan, panduan solat, saf hadapan, saf solat, Solat :
- 12 Cara Mengatasi Rasa Malas Untuk Bersolat
- Hikmah Janggut di sebalik Sunnah Rasulullah
- Perbezaan di antara Adat dan Ibadat
- Hikmah Daging Babi Hiharamkan?
- Mana yang patut Dimalukan?
- Hikmah Sujud
- 15 Kelebihan Sujud Di Dalam Solat
- Dua Amalan Sunnah Selepas Solat Subuh dan Maghrib
- Kelebihan Solat 5 Waktu Terutamanya Waktu Subuh
- 21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh
- Koleksi Hadis Nabi Berkisar Tentang Solat
- Syarat-syarat solat qasar dan jama’
- Muhasabah Maal Hijrah
- 7 Ayat Cinta yang akan Kekal Selama
- Kenapa Enggan Berada di Saf Hadapan
- Petua Perubatan Islam Untuk Menguatkan Akal
0 comments:
Post a Comment