Apa Suami Perlu Lakukan Bila Isteri Membebel?



Mengikut kajian, sudah menjadi naluri wanita perlu bercakap banyak. Secara purata mereka mengeluarkan 8,000 perkataan sehari sementara lelaki hanya 2,000 perkataan sehari dikeluarkan secara vokal dan kadangkala kurang dari itu. Wanita bercakap banyak dan mahu orang lain mendengarnya sebaliknya lelaki bercakap sedikit kerana mereka mahu ketenangan.

Rupanya dari dulu wanita lumrahnya memang begitu.. 

Umar Mencontohi Kesabaran Rasulullah SAW Terhadap Leteran Isteri

Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata, “Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?”

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata, “Wahai Amirul mukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”

Umarpun berkata kepadanya, “Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengarleterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan karenahnya.”

Lelaki itu menjawab, “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”

Umar berkata, “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya karenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja.”

thumbnail
Judul: Apa Suami Perlu Lakukan Bila Isteri Membebel?
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh

Artikel Terkait cerita teladan, cerita umar, Informasi, informasi islam, isteri membebel, kesabaran, tips bahagia, tips buat pasangan, tips islam, tips isteri, tips rumahtangga :

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2013. About - Sitemap - Contact - Privacy
Template Seo Elite oleh Bamz