Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah...sekian
Zaharuddin Abd Rahman
(http://www.zaharuddin.net/)

Judul: Doa Khusus Elak Rogol dan Cabul : Amalkanlah
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 10:35 PM
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 10:35 PM
Artikel Terkait amalan wanita, Doa, ibadah, wanita :
- Amalan yang tidak akan Putus selepas meninggal Dunia
- 10 Janji Allah Kepada Yang Ingin Berkahwin
- Mudahnya Seorang Wanita Itu Masuk Ke Syurga
- Siapakah Wanita yang Cantik di Mata Allah?
- Ciri-ciri Wanita Derhaka dan Tidak boleh dijadikan Isteri
- 6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim
- Kenapa Aurat Wanita Lebih Banyak Dari Aurat Lelaki?
- Kenapa Wanita Mudah Menangis?
- Betul Ke Wanita Dicipta Dari Tulang Rusuk Lelaki?
- Amalan Wanita Semasa Mengandung Menurut Islam
- Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah
- Larangan Melihat Aurat Wanita
- Lafaz Niat Puasa Fardhu Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa
- Doa Pemanis dan Penyeri Wajah Surah Yusuf
- 11 jenis manusia didoa malaikat
- Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas Tidur
- Doa yang Makbul dan Petua Untuk Berdoa
- Dihimpit Ketika Tidur dan Cara Mengelakkannya
0 comments:
Post a Comment