Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) :
Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.
Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) :
Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.
Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) :
Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.
Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) :
Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.
Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) :
Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.
Demikianlah, wallahualam
IslamituIndah

Judul: 5 Perkara yang membawa Wanita ke Syurga
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 7:12 PM
Rating: 100% based on 99998 ratings. 5 user reviews.
Ditulis Oleh 7:12 PM
Artikel Terkait amalan wanita, cara masuk syurga, kisah wanita, solehah, Syurga, wanita, wanita islam, wanita solehah :
- Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah
- Larangan Melihat Aurat Wanita
- 10 Sebab Kemungkinan Mat Rempit Masuk Syurga
- 5 Perkara yang membawa Wanita ke Syurga
- 3 kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
- Kalau Allah Itu Maha Baik Kenapa Buat Neraka?
- Ciri-ciri Wanita Derhaka dan Tidak boleh dijadikan Isteri
- Hanya dengan Jilbab wanita ini berjaya Islamkan 7 Profesor Barat
- 4 Jenis Perempuan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka
- Jangan Perlekehkan Keupayaan Wanita
- Sesuci Cinta Khadijah
- Mudahnya Seorang Wanita Itu Masuk Ke Syurga
- Amalan yang tidak akan Putus selepas meninggal Dunia
- 25 Amalan dijamin masuk ke SYURGA ♥
- Siapakah Wanita yang Cantik di Mata Allah?
- 6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim
- Kenapa Aurat Wanita Lebih Banyak Dari Aurat Lelaki?
- Kisah Taubat Seorang Artis Dan Penari Terkenal Mesir
- 40 Keistimewaan Wanita Menurut Islam
- 19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis
0 comments:
Post a Comment